Sunday, August 7, 2016

PENGGUNAAN E-DAGANG OLEH USAHAWAN DI MALAYSIA

1.0  PENGENALAN E-DAGANG

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-Dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat, terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. Dengan E-Dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Prasyarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan kita mengkases Internet.  Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon.
Berdasarkan perkembangan ekonomi semasa, penggunaan E-Dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT dalam kalangan masyarakat di negara ini. walau bagaimanapun, di antara yang membelenggu penerimaan E-Dagang secara lebih meluas dalam kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa perniagaan E-Dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan. Berkaitan dengan perkara tersebut, latihan ilmiah ini akan membincangkan perkembangan E-Dagang sebagai satu entiti perniagaan di Malaysia dan juga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan E-Dagang dalam memperkembangkan perniagaan masing-masing. Hal ini sangat penting kerana E-Dagang masih lagi dianggap sebagai satu sistem perniagaan baharu  yang memerlukan masa dan pelbagai sistem sokongan lain untuk terus berkembang sebagai satu budaya perniagaan baharu.


2.0  SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG

Pelbagai kefahaman dan tafsiran daripada lapisan masyarakat memahami tentang  istilah E-Dagang mengikut pemikiran dan kefahaman individu masing-masing.Banyak persoalan di main di pemikiran masyarakat dunia bertanyakan mengenai E-Dagang, memahami bahawa E-Dagang merupakan 1 proses jual dan beli menerusi Internet dikenali sebagai World Wide Web (WWW) – Schneider, 2009
Pelbagai pandangan dan perpektif yang berbeza-beza mengertikan pandangan terhadap  E-Dagang. Menurut pandangan daripada Kalakota dan Whinston (1997) E-Dagang  merupakan perspektif komunikasi, perpekstif proses perniagaan, perpekstif perkhidmatan atau servis dan juga perpekstif atas talian dipanggil On-line. Pelbagai pandangan terhadap takrifan E-Dagang mengikut perpekstif masing-masing.
E-Dagang dan e-perniagaan sering kali dibincangkan oleh para pengarang,ahli sarjana, dan penyelidik contohnya seperti Rao (2000), Hanson (2000), Reynolds (2004), Jawahitha (2004), Li, Zhang, dan Wu (2008), Botha, Bothma, dan Geldenhuys (2005), Coupley (2005), Chaffey (2007), Laudon dan Travel (2007), Botha, Bothma, dan Geldenhuys (2008), Schneider (2009), Neto, Fusco dan Reas (2010), Grefen (2010), Xu dan Quaddus (2010) dan lain-lain khususnya mengenai maksud kedua-dua istilah tersebut dari sudut persamaan dan perbezaannya. Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi penyelidik untuk mengenalpasti dan mengetahui terlebih dahulu tentang kedua-dua istilah tersebut terutama sekali bagi pengertian E-Dagang.
Pada tahun 1997 E-Perniagaan diistilahkan oleh satu badan syarikat iaitu Syarikat International Business Machines (IBM) telah menjadi popular kepada pengguna E-Perniagaan (Chaffey, 2007; Schneider, 2009). E-Perniagaan dikenalkan sebagai tranformasi proses perniagaan menerusi penggunaan teknologi Internet. Selain itu, dikenali sebagai aktiviti jenis perniagaan khusus yang dibentuk oleh pelbagai pengunaan Teknologi Maklumat (IT) Grefen (2010). Ia menerangkan bahawa penggunaan menerusi IT ini menjadikan faktor yang dapat dibezakan antara E-Perniagaan dengan perniagaan secara tradisional. E-Perniagaan juga dikenali sebagai paltfom ruang untuk perniagaan yang sangat luas dikenali sebagai E-Perniagaan yang mempercepatkan dan memudahkan proses kitaran perniagaan yang melibatkan urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna mahupun jual dan beli.
E-Dagang merupakan dinamakan sebagai aliran utama (mainstream) yang melancarkan sesuatu perniagaan untuk urusan jual dan beli barangan mahupun perkhidmatan kepada pengguna secara global (Reynolds, 2004) .Menurut pandangan Reynolds, E-Dagang merupakan platform yang mengunakan kaedah bharu untuk urusan jual dan beli barangan, pengedaran barangan dan penawaran perkhidmatan menerusi elektronik. E-Dagang dikenali sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi di mana hubungan tersebut bukan hanya berlaku sekadar untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, malah mampu melakukan proses pembelian barangan dan perkhdimatan yang ditawarkan oleh pelbagai organissasi.
Disamping itu, dikenali sebagai aktiviti perniagaan yang terus menerusi peningkatan penyelarasan transaksi barangan atau perkhidmatan dalam internet. Ia disebabkan peningkatan yang melonjak  pengunaan internet pada masa kini. – Hanson, 2000. E-Dagang banyak mecerminkan aktiviti seperti pertukaran dengan perningaan yang lain dan proses internal atau dalaman yang digunakan oleh sesebuah badan syarikat atau organisasi untuk menyokong urusan pembelian, penjualan mahupun penyewaan perancangan dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh melibatkan pengunaan laman sesawang. Selain itu, istilah menggunakan awalan “E” menggambarkan tentang sesuatu istilah yang digunakan dengan pelbagai maksud serta pengertian yang berlainan antara satu sama lain. Namun, kedua-dua istilah ini boleh digunakan silih berganti antara satu sama lain – Schneider, 2009.
E-Dagang dan E-perniagaan banyak persamaan dalam pelbagai aspek antara saru sama lain. Malah kedua-dua kategori tersebut tidak menerangkan khusus serta pengertian yang tepat berkenaan dengan kedua-dua istilah tersebut dalam literature yang boleh dipercayai. E-Dagang atau pun E-perniagaan mengandungi maksud yang luas merangkumi pelbagai jenis transaksi elektornik sebagai contoh Perniagaan kepada Perniagaan (B2B). Perniagaan kepada Pengguna (B2C), Pengguna kepada Pengguna (C2C), mobile commerce (m-c),dan lain-lain rangkaian jaringan sosial yang diperkenalkan. Ia melibatkan hubungan atara komunikasi sesame dengan organisasi yang lain serta hubungan dengan penguna.
Banyak pentafsiran mengatakan E-perniagaan dengan E-Dagang merupakan perkara yang sama. Namun begitu, E-Dagang adalah sebahagian daripada E-perniagaan. Eperniagaan juga terbentuk daripada istilah yang merangkumi kesemua istilah termasuk E-Dagang. Electronic Data Interchange (EDI), pesaing analisis (competitor analysis) dan Penyesesuaian Semula Perniagaan (Internet Based Business Process Re Enginering).
Konsep kefahaman mengenai E-Dagang adalah bergantung kepada tafsiran seseorang itu. Namnun ia meliputi pelbagai aspek urusan perdagangan dan aktiviti kewangan yang tidak hanya urusan jual beli semata-mata. Ia menjadi peranan dalam meluaskan hubungan perdagangan ke serata dunia menerusi teknologi masa kini. Skop E-Dagang terdiri daripada ramai pihak seperti penjual, pembeli, pelanggan, pihak kerajaan, orang awam dan sebagainya.
Faktor asas terhadap sistem E-Dagang ini adalah internet. Penggunaan internet telah merevolusikan aktiviti perdagangan untuk menjadikan aktiviti yang terpenting pada masa kini dan mengutamakan bagi perkembangan ekonomi yang pesat dan maju. Kewujudan E-Dagang melicinkan perjalanan aktiviti perniagaan dan transaksi kewangan tanpa had masa dan sempadan. Segalanya perhubungan dan penyebaran informasi perdagangan menjadikan titik penting dalam pengusaha mengembangkan dan memperluaskan penggunaan E-Dagang di serata dunia.


3.0  KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN

Kemunculan E-Dagang menyebabkan kebanyakan perniagaan beralih kepada konsep teknologi maya. Rata-rata usahawan beranggapan konsep E-Dagang dapat membantu dalam mengembangkan perniagaan kerana internet dapat diakses dimana-mana sahaja. Penggunaan internet dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan.
Kemunculan E-Dagang yang kini mendapat perhatian orang ramai harus diberi perhatian dan dimanfaatkan sepenuh oleh usahawan-usahawan di Malaysia kerana ia memberikan pulangan yang menguntungkan. Antara kepentingan-kepentingan E-Dagang dalam perniagaan adalah seperti berikut:

a)    Transaksi yang dijalankan melalui cara ini sebenarnya banyak membuka peluang           kepada para peniaga serta pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk     yang mereka ingini dengan lebih cepat serta efektif.
b) Sistem ini juga dilihat sebagai salah satu dari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan di masa lalu. Kewujudan sistem ekonomi seumpama ini kemungkinan akan memberi kesan secara serius kepada penggunaan kertas, wang serta cek di masa-masa akan datang.
c) Penggunaan E-Dagang dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan. Globalisasi yang berlaku pada hari ini menyebabkan wujudnya jaringan dunia tanpa sempadan dan semua maklumat berkaitan dengan perniagaan dapat diakses dengan mudah.
d)  Penggunaan E-Dagang dapat meningkatkan produktiviti para usahawan dimana mereka dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan cepat dan pantas melalui penggunaan medium seperti blog, emel dan medium-medium yang lain.
e) Dengan penggunaan E-Dagang para usahawan dapat memperoleh maklumat dan maklum balas daripada pengguna dengan lebih tepat dan cepat. Ini dapat meningkatkan lagi mutu sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijalankan.
f)   Dengan menggunakan perkhidmatan E-Dagang, syarikat tidak perlu memiliki saiz firma yang besar bagi meyakinkan pengguna malah dengan adanya rangkaian perkhidmatan talian yang kukuh dan berkesan ia boleh meyakinkan para pengguna. Secara tidak langsung, perkembangan teknologi telah menyebabkan kehidupan manusia bergerak ke arah yang lebih kompleks dan dinamik.
g)  Dengan bantuan E-Dagang, proses perhubungan dan komunikasi menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
h) Penggunaan E-Dagang adalah berkonsepkan mesra pelanggan, dimana ianya menyediakan platform pencarian produk yang lebih mudah, padanan dan kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan, sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin serta reaksi yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan.
i)   Dengan adanya E-Dagang, pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana mereka mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat lain.
j)  Penggunaan E-Dagang dapat membantu para usahawan membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk mengenalpasti dan membuat inovasi dalam sesuatu produk.


4.0  PENGGUNAAN E-DAGANG SECARA GLOBAL

Perniagaan E-Dagang berkembang secara meluas di seluruh pelusuk dunia seiring dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Melalui perniagaan E-Dagang, pembekal atau peniaga melantik 'agen maya' secara bebas kepada mana-mana pemilik atau webmaster laman web. Pemilik laman web yang berminat akan mengisikan borang permohonan dan dalam tempoh yang singkat mereka akan dilantik menjadi agen maya setelah memasang sepanduk pembekal dalam laman mereka. Kod sumber html sepanduk berkenaan akan melibatkan No. ID (pengenalan) perujuk (pemilik laman web) di mana perujuk akan diberikan komisyen setiap kali transaksi berlaku menerusi laman web berkenaan.
Perkara ini akan memudahkan lagi transaksi penjualan dan pembelian yang menjimatkan pelbagai kos. Ada juga pemilik atau webmaster laman web lain yang ditaja oleh organisasi korporat untuk memaparkan produk dan perkhidmatan yang dibekalkan. Pemilik atau webmaster ini biasanya terdiri daripada orang-orang yang bertaraf professional di bidang masing-masing dan sesuai untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan organisasi korporat dan dibayar royalti atau gaji bagi mereka yang bekerja secara rasmi dengan organisasi berkenaan, sama ada secara langsung atau pun secara maya.
Transaksi E-Dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL). Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang membangunkan E-Dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Kaedah tunai digital membolehkan pembeli menghantar wang di dalam talian tanpa menggunakan nombor kad kredit. Kaedah pembayaran ini dipelopori oleh DigiCash, Net.Trader dan Cyber Cash di Amerika Syarikat. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna ialah mengisi borang permohonan dan memilih nilai wang digital yang mereka kehendaki. Setelah proses pembayaran kepada Jaring's Mall dilakukan anda akan diberikan nombor rahsia yang membolehkan anda melakukan pembelian.
Salah satu isu yang amat penting di dalam E-Dagang ialah kebimbangan pengguna terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan transaksasi melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer. Namun dengan kemunculan teknologi seperti SET, SSL serta peningkatan firewall, pengguna tidak perlu bimbang lagi tentang keselamatan semasa melakukan pembayaran. Teknologi SET contohnya memerlukan pembeli, penjual dan pihak bank berdaftar dengan badan persijilan tertentu bagi mengesahkan identiti mereka semasa melakukan urusniaga. Pengesahan ini akan dilakukan secara luar talian seperti melalui telefon, faks dan sebagainya ( Lee Fong Yeaw, 2013 ).


5.0  TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA

Di Malaysia pula E-Dagang ternyata menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Pada tahun 1998 jumlah transaksi perniagaan melalui E-Dagang ialah sebanyak US$15 juta iaitu hampir 50% daripada perolehan di Amerika Syarikat pada tahun yang sama. Ia meningkat kepada US$46 juta pada 1999 dan pada tahun 2003 pendapatan E-Dagang dijangka mencecah US$1560 juta.E-Dagang meliputi enam sektor perniagaan yang utama iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang profesional, peruncitan dan pelancongan. Kesemua sektor menyumbangkan pertumbuhan yang ketara terhadap perdagangan melalui talian. Pendapatan E-Dagang dalam sektor pengiklanan mencecah US$1.3 billion pada tahun 1998.
Aset yang diniagakan menerusi talian oleh broker ialah US$420 bilion. Dalam bidang pendidikan, bilangan penuntut jarak jauh ialah 120 ribu pada tahun 1997 dan meningkat kepada 710 ribu pada tahun 1998. Sementara itu penggunaan teleperubatan meningkat kepada 300% dan lebih 3 juta orang mendapat manfaat daripada kemudahan tersebut. Sementara itu, bagi sektor kewangan pembelian aplikasi perbankan bernilai US$93 juta pada tahun 1998 dan peningkatannya dijangka sebanyak US$326 juta pada tahun ini. Bagi sektor pelancongan, tempahan tiket yang diperolehi melalui Internet pada tahun 1997 hanyalah US$100 juta tetapi ia dijangka meningkat kepada US$3.1 billion pada tahun 2002.
Ini ialah berikutan keyakinan orang ramai yang semakin meningkat terhadap keselamatan dan keberkesanan urusniaga melalui talian. Pengguna yang akan merancang perjalanan menggunakan Internet dijangka meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta. Kemunculan E-Dagang merupakan satu prospek yang pintar dan menguntungkan para usahawan. Ini kerana berdasarkan saiz pertumbuhannya E-Dagang akan menjadi satu bentuk perniagaan yang utama pada masa hadapan. Perkembangan semasa menunjukkan masyarakat semakin peka terhadap K-Ekonomi dan arus globalisasi. Kesan ini mungkin tidak begitu dirasakan di Malaysia tetapi di negara-negara maju, ianya telah menjadi trend masyarakat di sana untuk melakukan pembelian online ( Ang Chiew Seng, 2012 ).
Terdapat beberapa faktor yang mana ia boleh membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka menerusi talian. E-Dagang menggunakan teknologi Internet sebagai platform utama perkembangannya. Oleh itu pasarannya seharusnya dilihat dari segi bilangan mereka yang menggunakan Internet. Di Malaysia sahaja bilangan ahli yang berdaftar dengan JARING ialah seramai 100,000 orang dengan 300,000 orang dijangka menggunakan Internet pada tahun 1997. Jumlah ini tidak menunjukkan pasaran yang luas tetapi jika dilihat kepada peningkatannya kepada 200,000 orang pada tahun 1998 dengan 600,000 pengguna ternyata E-Dagang mempunyai pontensi besar untuk dikembangkan. Pada masa sekarang terdapat lebih daripada satu juta pengguna yang berdaftar dengan JARING dan TMnet.
Walaupun bilangan pengguna Internet untuk dijadikan peluang pasaran bagi perniagaan menerusi talian masih lagi secara perbandingannya kecil, namun ia meningkat dengan begitu cepat sekali. Disamping itu kita perlu ingat bahawa perniagaan menerusi talian tidak akan terhalang oleh aspek geografi. Produk yang dipasarkan menerusi talian boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia. Inilah kelebihan pasaran bagi E-Dagang. Usaha untuk membawa produk ke pasaran antarabangsa bukan lagi terhad kepada organisasi besar malah termasuk organisasi kecil dan sederhana dan orang perseorangan.


6.0  CABARAN / HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG
         
          Tuntutan dan cabaran globalisasi dan liberalisasi walaupun membawa kesan negatif kepada sesetengah negara, namun ia juga memberi kesan positif dilihat dari sudut peningkatan peluang baru. Oleh itu globalisasi dan liberalisasi penghapusan sekatan perdagangan antarabangsa dan kebebasan pergerakan modal dengan tujuan mewujudkan pasaran global. Ini membolehkan modal bergerak dengan mudah antara negara, syarikat berupaya mengurus pengeluaran secara berskala global dalam mencari sumber pada kos yang murah dan untung yang tinggi melampaui sempadan negara.
Menghadapi fenomena ini, setiap pengusaha atau perlu membuat persiapan yang rapi khususnya dari segi teknologi maklumat, pengurusan strategik dan penyelidikan dan pembangunan demi untuk bersaing dalam dunia perniagaan.


6.1 Cabaran Dalam Inovasi Perniagaan
     Syarikat-syarikat terpaksa meningkatkan kecekapan kos serta meningkatkan kualiti dan sentiasa menggalakkan inovasi demi ketahanan dalam arus persaingan. Pasaran global dipacu oleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan inovasi yang berterusan. Persaingan di peringkat antarabangsa menuntut kepada peningkatan kualiti produk, keberkesanan kos, strategi pemasaran yang berkesan, penguasaan teknologi maklumat, pembangunan sumber manusia yang berterusan kualiti melalui pendidikan dan kemahiran serta ekonomi yang berteraskan pengetahuan.

6.2 Cabaran Dalam Strategi- Strategi Dalam Perniagaan
     Selain itu, mereka perlu bijak mengatur srategi-strategi perancangan pasaran, perletakan harga, promosi dan pengagihan.Justeru, terdapat beberapa prinsip yang perlu diikuti dalam memenuhi tuntutan perubahan dalam era globalisasi. Oleh kerana masa berubah, peniaga perlu melakukan perubahan dengan melihat dunia pengurusan perniagaan secara lebih dinamik bersesuaian dengan tuntutan masa. Dalam menghadapi tuntutan perubahan masa, tidak ada organisasi dan syarikat besar atau kecil, baik lama atau baru yang tidak dapat ditewaskan. Syarikat yang dapat kekal kedudukannya dalam pasaran ialah syarikat yang mampu mengatasi tuntutan perubahan secara bersepadu.

6.3 Cabaran dalam sanggup menanggung risiko
     Golongan usahawan adalah pemangkin dalam proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. Mereka dianggap sebagai golongan yang sanggup menanggung risiko dan sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi. Seorang usahawan perlu ada motivasi pencapaian iaitu dorongan untuk melakukan atau mencapai sesuatu. Dalam konteks usahawan.apa yang perlu dijelaskan ialah sekiranya usahawan didefinisikan secara sempit iaitu mereka yang berkemampuan berkecimpung dalam aktiviti perniagaan bersaiz kecil, jumlah mereka di Malaysia memang ramai. Sebaliknya, jika keusahawanan ditakrif sebagai kebolehan untuk mencari peluang dalam bidang perniagaan dan perindustrian yang besar, kebolehan melakukan inovasi dan mengurus sumber, menggunakan teknologi tinggi dan mengembangkan pasaran eksport untuk mendapat keuntungan jangka panjang, bilangan mereka di Malaysia masih lagi terhad.

          6.4 Halangan-halangan berkaitan dengan kebudayaan, perwatakan dan keupayaan.
     Halangan-halangan yang berkaitan dengan kebudayaan, perwatakan, keupayaan dalam memenuhi fungsi keusahawanan, keupayaan merebut peluang, kesediaan menghadapi risiko dan keupayaan untuk mendapatkan sumber terutama modal. Pengusaha cenderung berhadapan dengan halangan-halangan dari segi keupayaan mengurus dan mewujudkan rangkaian, tahap wawasan dan pengalaman yang dimiliki, tekanan persaingan, masalah modal dan tahap budaya korporat yang dimiliki. Halangan-halangan tersebut telah memberi implikasi negatif terhadap keupayaan individu apabila menceburi bidang keusahawanan. Usahawan dikatakan tidak dapat mempamerkan kebolehan pengurusan dan kurang yakin serta tidak berpandangan jauh. Mereka cenderung memilih jenis perniagaan yang mempunyai kurang risiko yang sudah pasti menghasilkan pendapatan yang sedikit. Kesannya, perniagaan tidak dapat berkembang ke pasaran eksport. Usahawan yang memasuki bidang perniagaan tanpa pengetahuan asas perniagaan seperti pengetahuan mengenai volum pasaran, penyerapan pasaran dan saiz perniagaan optimum. Kesannya, mereka gagal bersaing dan perniagaan tidak berkembang.

6.5 Kaedah Pembayaran
     Transaksi E-Dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL).

          Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang membangunkan E-Dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Salah satu isu yang amat penting di dalam E-Dagang ialah kebimbangan pengguna terhadap keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan transaksi melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer. 


7.0  FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG

          Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar (untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka dengan E-Dagang masalah itu tidak wujud lagi. Dengan menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama, mereka telah menempatkan diri secara global. Ini kerana teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150 sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities, Fortunecity khususnya dan pengguna Internet amnya. Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan perniagaan maya mereka.
Perkembangan yang pesat dalam IT telah mendorong beberapa firma korporat tempatan untuk membangunkan E-Dagang. Ini dapat dilihat daripada usaha firma-firma ini mendirikan mendirikan tapak-tapak web yang menyokong platform E-Dagang. Antara pelopornya ialah Hitechniaga Sdn.Bhd. melalui kerjasama Microsoft Corp. telah membangunkan tapak web Mybiz. Tapak web ini dibangunkan khusus untuk syarikat bertaraf IKS (Industri Kecil dan Sederhana) mendirikan perniagaan di Internet.
Selain itu syarikat Mytex Solutions Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mencipta dan mempamerkan halaman web telah memperkenalkan pakej 'ringgit sehari' untuk perniagaan tempatan. Pakej ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja terutama daripada IKS untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka melalui laman web sendiri. Selain itu Kumpulan Renong juga telah melibatkan diri secara aktif dalam pelaburan jangkapanjang yang amat menguntungkan ramai usahawan yang terlibat samada kecil mahupun besar. Dipapan-papan utama BSKL juga menunjukkan potensi yang amat memberangsangkan terhadap apa yang dikenali sebagai 'saham teknologi' atau 'saham IT' atau 'saham internet'.
Di samping organisasi korporat tempatan, firma/organisasi gergasi/bluechip asing ternyata turut berminat untuk mengembangkan E-Dagang di Malaysia. Di Malaysia. Microsoft Corp. umpamanya sudah mengumumkan komitmen mereka untuk membantu pengusaha kecil agar dapat melibatkan diri dalam E-Dagang. Syarikat ini telah pun mengadakan usaha sama dengan TMNet (lihat msn.com.my), GHL Technologies, Hitechniaga, Sunway Technologies dan Silicon Communication dalam membangunkan persekitaran E-Dagang berasaskan pelantar teknologinya ( Lee Fong Yeaw, 2013 ).
Usaha kerajaan menerusi cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia dalam menggalakkan penyertaan industri tempatan dalam E-Dagang memang tidak dapat dapat disangkal lagi. ni dapat dilihat daripada Pelan Utama E-Dagang Negara dan Rangka Kerja E-Dagang Negara yang diketengahkan semasa mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC di Cyberjaya yang melibatkan Microsoft, Lotus, Apple dll. Rangka kerja tersebut meliputi tiga prinsip panduan dan empat pendekatan yang strategik. Prinsipnya meliputi kerjasama pihak kerajaan, perniagaan dan komuniti, pengiktarafan ciri E-Dagang tanpa semapadan dan penciptaan peluang untuk negara memperolehi manfaat daripada inisiatif tersebut.
Pendekatan strategik pula meliputi amanah dan keyakinan terhadap E-Dagang, memperbaiki rangka kerja undang-undang dan peraturan,memperkukuhkan infrastruktur dan sokongan logistik untuk E-Dagang, disamping mengoptimakan ekonomi dan faedah sosial. Pelan utama E-Dagang negara pula terdiri daripada program dan projek khas yang meliputi tujuh kawasan untuk mencerna inovasi, meningkatkan akses pasaran, memacu pembangunan kreatif, perlindungan harta intelektual, pengedaran atau portal mengukuhkan identiti jenama dan antara muka perkhidmatan. .Inilah di antara intipati dalam rangka kerja dan pelan utama E-Dagang negara yang diharapkan dapat menjana ke arah perkembangan E-Dagang Di Malaysia. Usaha kerajaan ini tidak dapat di pandang remeh memandangkan rancangan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan sebelum ini telah mencapai kejayaan. Para pengusaha tempatan seharusnya tidak ragu-ragu lagi untuk turut terlibat dalam E-Dagang berdasarkan peranan kerajaan yang begitu aktif untuk membangunkannya ( Berita Harian, 2013 ).
Selain itu, pelbagai skim atau geran yang telah disiapkan untuk penyelidikan dan pembangunan, bantuan usahawan (termasuk latihan dan pemindahan teknologi) oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan MSC. Projek MSC memberikan kesan yang kuat dalam pembangunan E-Dagang. Melalui salah satu aplikasi utamanya iaitu pemasaran tanpa sempadan yang relevan dengan E-Dagang. Pembukaan Bandar raya pintar iaitu Cyberjaya juga turut mempengaruhi perkembangan E-Dagang. Masyarakat di bandar ini akan menggunakan sepenuhnya kemudahan dunia IT dan E-Dagang di samping aplikasi-aplikasi utama serta pecahan  dan perinciannya yang lain.
E-Dagang semakin meluas digunakan dalam kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an.  Malah, E-Dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin diperluaskan  ke peringkat antarabangsa. Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah E-Dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan ( Terence Kenneth Stephen, 1997).
Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisi borang-borang kertas dan birokrasi. Hal ini mendorong perkembangan dan kemajuan E-Dagang sendiri sebagai sebuah entiti perniagaan yang moden.


8.0  KESIMPULAN

Kesimpulannya, kejayaan E-Dagang memerlukan gabungan perkongsian di antara sektor swasta dan sektor awam. Sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan kekeliruan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Peningkatan infrastruktur komunikasi dalam bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan dan peningkatan penggunaan aplikasi E-Dagang bagi sesebuah negara. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Oleh yang demikian adalah diharapkan urusniaga melalui E-Dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat.

Disamping itu juga, perdagangan ini mempunyai peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Melalui E-Dagang ini juga akan memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. Oleh yang demikian para peniaga harus bersedia dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan E-Dagang.


9.0 LAMPIRAN BERGAMBAR




No comments:

Post a Comment